Sunday 27 March 2011

**35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah**


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  • Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  • Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
  • kita ingat 10 % apayang dibaca
  • kita ingat 20% apa yang didengar
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  • Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  • Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). 
  •  
  •  

...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  • Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang
  • kurangkan gangguan bunyi
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
  • kerusi dan meja menghadap kiblat
  • jangan lupa untuk senyum
  • Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  • Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  • Tahu teknik merangsang memori:
  • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
  • mengingat kembali (recall)
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  • Sentiasa awal dan mendahului:
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  • Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  • Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepanuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  • Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  • Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  • Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  • Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  • Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  • Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  • Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  • Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  • Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
  • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
  • duduk tegak dikerusi yang selesa
  • baca doa penerang hati
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
  • fikir dan ingat kembali isi utama
  • catat/lakar
  • semak semula ketepatan maklumat
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
  • buat rumusan
  • jawab soalan
  • tampal maklumat yang rumit di dinding
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  • Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  • Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan
  • jangan makan organ dalaman
  • jangan minum semasa makan
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
  • jangan melihat kemaluan
  • jangan melihat buih
  • jangan membaca nama pada batu nisan
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
  • banyakkan makan kekacang
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang
  • jangan kencing berdiri
  • Tahu kemahiran mengingat:
  • tampal nota-nota penting di dinding
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
  • gunakan kaedah akronim
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  • Cekap mengatur jadual belajar:
  • mempunyai jadual belajar
  • patuh kepada jadual
  • buat jadual yang boleh diikuti
  • Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  • Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  • Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  • Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  • Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  • Pelbagaikan tempat belajar.
  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  • Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah
  • mendirikan sembahyang
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • hormati & sayangi guru
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
  • membantu rakan yang memerlukan
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

No comments:

Post a Comment